Monday, February 9, 2015

CADANGAN KAEDAH MENGUBAT HATI

      Kaedah yang boleh digunakan adalah berdasarkan saranan yang dibuat oleh Saidina Ali KW dan Imam Al-Ghazali iatu kaedah untuk mengubati hati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

"Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, sedangkan kejelekan selalu mendatangkan kegelisahan." (HR. Al Hakim Shahih)

1.1 Solat

      - mengadakan ceramah diskusi kepentingan solat dan cara mendapatkan khusyuk
      - mengadakan perkhemahan ibadat (teori dan praktikal solat dan wuduk)
     - mengadakan qiamullail sehari seminggu pada malam sabtu (Jumaat malam sabtu)
     - Mengadakan kempen kepentingan solat

1.2 Membaca Al-Quran dan cuba memahami artinya

     - Tadarus Al-Quran antara maghrib dan Isyak
     - Diskusi Al-Quran antara Maghrib dan Isyak
     - Intervensi Al-Quran untuk pelajar yang bermasalah membaca Al-Quran
     - Sambutan Nuzul Quran
     - Ceramah diskusi kepentingan dan kelebihan membaca Al-Quran
     - Mengadakan kempen kepentingan membaca Al-Quran
     - Memulakan setiap kelas dengan bacaan surah pendek Al-Quran

1.3 Puasa

     - Ceramah diskusi kepentingan dan kelebihan berpuasa
     - Menggalakkan pelajar berpuasa pada hari Isnin dan Khamis
     - Mengadakan kempen tentang kepentingan puasa

1.4 Zikir

     - Ceramah dan diskusi kepentingan dan kelebihan Zikir
     - Mengadakan majlis zikir
     - Mengadakan tafakur muhasabah diri dan tafakur zikir
     - mengadakan kempen tentang kepentingan zikir
     - Mengadakan majlis zikir malam hari yang panjang

1.5 Selawat

     - memastikan pelajar berselawat sebelum bermula waktu pertama dalam keadaan bersedia
     - mengadakan sambutan Maulidur Rasul
     - mengadakan kempen tentang kepentingan selawat

1.6 Program mewujudkan keinsafan diri

     - mengadakan program kubur angkat
     - kumpulan pelajar menjalankan program membersih kubur mengikut giliran
     - Tazkirah mewujudkan keinsafan

1.7 Kaunseling individu dan kelompok

     - mengadakan satu hari khas untuk sesi kaunseling setiap minggu
     - mengurangkan masa mengajar guru kaunseling untuk membolehkan satu hari kaunseling
       Seminggu diadakan dengan efektif
     - menyediakan tempat dan peralatan  yang kondusif untuk sesi kaunseling

1.8  Melatih pelajar mengurangkan sikap pentingkan diri sendiri dan rela berkorban

      - mengadakan ceramah diskusi kepentingan bersedekah
      - mewujudkan tabung khas sedekah di sekolah untuk membantu orang-orang susah

      - mengadakan kempen kepentingan bersedekah

BUKTI-BUKTI DARI AL-QURAN DAN HADITH YANG MENYOKONG KAEDAH YANG DICADANGKAN.

Al Quran sebagai Syifa’ ( penawar ).

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. ( Surah Yunus . Ayat : 57 )

Al Quran sebagai Rahmat .

dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. ( Surah an Nahl . Ayat : 89 )

Al Quran sebagai Nur .

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus. ( Surah al Maaidah . Ayat : 15 – 16 )

 Al Quran sebagai Hidayah .

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah ( petunjuk ) ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.( Surah al Isra’ . Ayat : 9 )
Al Quran sebagai Nizamul Hayah .

KEPENTINGAN SOLAT

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. ( Surah an Nisaa’ . Ayat : 59 )

“Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji. ” (Al-Ankabut : 45)

“Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta (sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk. ” (Al-Baqarah : 238)

“Islam didirikan atas lima dasar : Mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di dalam bulan Ramadan. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang” (Riwayat Bukhari)

KEPENTINGAN ZIKIR

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” [Al-Nisa’: 103]

Daripada ‘Abdullah bin Busr katanya: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya syari’at-syari’at Islam telah banyak  kepada kami, maka berilah kami suatu kaedah yang kami dapat berpegang teguh dengannya. Baginda bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” [HR Ahmad]

“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.” [Al-Ahzab: 41]

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring...” [Ali Imran: 191]

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW pernah melalui sebuah bukit yang dinamakan sebagai ‘Jumdan’. Lalu baginda bersabda: “Berjalanlah melalui bukit ini, sesungguhnya golongan al-Mufarridun telah mendahului.” Mereka bertanya: Siapakah golongan al-Mufarrridun itu ya Rasulullah? Baginda bersabda: “Mereka itu adalah orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan yang banyak berzikir (mengingati) kepada Allah.” [HR Muslim]

Golongan Al-Mufarridun dan al-Sabiqun yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith tersebut ialah orang yang sentiasa berzikir kepada Allah, merasa seronok dan tehibur dengan berzikir kepada Allah.

Daripada ‘A’ishah, katanya: Adalah Rasulullah SAW sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaannya. [HR Muslim] Maknanya: Baginda sentiasa mengingati Allah ketika berdiri, berjalan, duduk dan ketika berbaring, sama ada ketika berada dalam keadaan thaharah (suci) atau ketika berhadas.

KEPENTINGAN SELAWAT

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.

KEPENTINGAN PUASA

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-Baqarah ayat 183)

"Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar" (Hadith Hasan riwayat at-Tirmizi)

"Wahai pemuda-pemudi sekalian! Barang siapa diantara kamu mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menundukkan pandangannya, lebih menjaga dan memelihara kemaluannya (kehormatannya), dan barangsiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa baginya sebagai Khisha' (dapat menahan nafsu syahwat)" (Hadiht riwayat Bukhari :878, Muslim : 794, at-Tirmizi : 1081, dan an-Nasaai : 3210)

Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat pintu yang bernama Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk lewat pintu itu pada hari kiamat. Tidak ada orang selain mereka yang masuk bersama mereka. Ditanyakan: Di mana orang-orang yang puasa? Kemudian mereka masuk lewat pintu tersebut dan ketika orang yang terakhir dari mereka sudah masuk, maka pintu itu ditutup kembali dan tidak ada orang yang akan masuk lewat pintu itu. (Shahih Muslim No.1947)

Rasulullah saw. bersabda: Tidaklah seorang hamba yang berpuasa satu hari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh jarak perjalanan 70 tahun. (Shahih Muslim No.1948)


Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi saw bersabda ” Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam. (Riwayat Tarmizi dan Ahmad)

No comments:

Post a Comment