Kaedah yang boleh digunakan adalah berdasarkan saranan yang
dibuat oleh Saidina Ali KW dan Imam Al-Ghazali iatu kaedah untuk mengubati
hati.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa
dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah
seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (HR
Bukhari dan Muslim)
"Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, sedangkan kejelekan
selalu mendatangkan kegelisahan." (HR. Al Hakim Shahih)
1.1 Solat
- mengadakan
ceramah diskusi kepentingan solat dan cara mendapatkan khusyuk
- mengadakan
perkhemahan ibadat (teori dan praktikal solat dan wuduk)
- mengadakan
qiamullail sehari seminggu pada malam sabtu (Jumaat malam sabtu)
- Mengadakan
kempen kepentingan solat
1.2 Membaca Al-Quran
dan cuba memahami artinya
- Tadarus
Al-Quran antara maghrib dan Isyak
- Diskusi
Al-Quran antara Maghrib dan Isyak
- Intervensi
Al-Quran untuk pelajar yang bermasalah membaca Al-Quran
- Sambutan Nuzul
Quran
- Ceramah diskusi
kepentingan dan kelebihan membaca Al-Quran
- Mengadakan
kempen kepentingan membaca Al-Quran
- Memulakan
setiap kelas dengan bacaan surah pendek Al-Quran
1.3 Puasa
- Ceramah diskusi
kepentingan dan kelebihan berpuasa
- Menggalakkan
pelajar berpuasa pada hari Isnin dan Khamis
- Mengadakan
kempen tentang kepentingan puasa
1.4 Zikir
- Ceramah dan
diskusi kepentingan dan kelebihan Zikir
- Mengadakan
majlis zikir
- Mengadakan
tafakur muhasabah diri dan tafakur zikir
- mengadakan kempen
tentang kepentingan zikir
- Mengadakan
majlis zikir malam hari yang panjang
1.5 Selawat
- memastikan
pelajar berselawat sebelum bermula waktu pertama dalam keadaan bersedia
- mengadakan
sambutan Maulidur Rasul
- mengadakan
kempen tentang kepentingan selawat
1.6 Program
mewujudkan keinsafan diri
- mengadakan program
kubur angkat
- kumpulan
pelajar menjalankan program membersih kubur mengikut giliran
- Tazkirah
mewujudkan keinsafan
1.7 Kaunseling
individu dan kelompok
- mengadakan satu
hari khas untuk sesi kaunseling setiap minggu
- mengurangkan
masa mengajar guru kaunseling untuk membolehkan satu hari kaunseling
Seminggu
diadakan dengan efektif
- menyediakan
tempat dan peralatan yang kondusif untuk
sesi kaunseling
1.8 Melatih pelajar
mengurangkan sikap pentingkan diri sendiri dan rela berkorban
- mengadakan
ceramah diskusi kepentingan bersedekah
- mewujudkan
tabung khas sedekah di sekolah untuk membantu orang-orang susah
- mengadakan
kempen kepentingan bersedekah
BUKTI-BUKTI DARI AL-QURAN DAN HADITH YANG MENYOKONG KAEDAH YANG DICADANGKAN.
Al Quran sebagai Syifa’ ( penawar ).
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang-orang Yang beriman. ( Surah Yunus . Ayat : 57 )
Al Quran sebagai Rahmat .
dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap
sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang
mengembirakan, bagi orang-orang Islam. ( Surah an Nahl . Ayat : 89 )
Al Quran sebagai Nur .
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi
Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata
keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan
serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya)
Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang
terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka
ke jalan Yang lurus. ( Surah al Maaidah . Ayat : 15 – 16 )
Al Quran sebagai Hidayah .
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah ( petunjuk ) ke
jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan
orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka
beroleh pahala Yang besar.( Surah al Isra’ . Ayat : 9 )
Al Quran sebagai Nizamul Hayah .
KEPENTINGAN SOLAT
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah
dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri"
(orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. ( Surah an Nisaa’ . Ayat :
59 )
“Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh
mencegah daripada perbuatan jahat dan keji. ” (Al-Ankabut : 45)
“Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta
(sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan
khusyuk. ” (Al-Baqarah : 238)
“Islam didirikan atas lima dasar : Mengaku bahawa tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh
Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di
dalam bulan Ramadan. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang”
(Riwayat Bukhari)
KEPENTINGAN ZIKIR
“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang,
maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau
duduk, dan semasa kamu berbaring.” [Al-Nisa’: 103]
Daripada ‘Abdullah bin Busr katanya: Seorang lelaki telah
datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya
syari’at-syari’at Islam telah banyak
kepada kami, maka berilah kami suatu kaedah yang kami dapat berpegang
teguh dengannya. Baginda bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan
zikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” [HR Ahmad]
“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada
Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang
sebanyak-banyaknya.” [Al-Ahzab: 41]
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring...” [Ali Imran: 191]
Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW pernah melalui
sebuah bukit yang dinamakan sebagai ‘Jumdan’. Lalu baginda bersabda:
“Berjalanlah melalui bukit ini, sesungguhnya golongan al-Mufarridun telah
mendahului.” Mereka bertanya: Siapakah golongan al-Mufarrridun itu ya
Rasulullah? Baginda bersabda: “Mereka itu adalah orang-orang lelaki dan
orang-orang perempuan yang banyak berzikir (mengingati) kepada Allah.” [HR
Muslim]
Golongan Al-Mufarridun dan al-Sabiqun yang disebutkan oleh
Nabi SAW di dalam hadith tersebut ialah orang yang sentiasa berzikir kepada Allah,
merasa seronok dan tehibur dengan berzikir kepada Allah.
Daripada ‘A’ishah, katanya: Adalah Rasulullah SAW sentiasa
berzikir kepada Allah dalam setiap keadaannya. [HR Muslim] Maknanya: Baginda
sentiasa mengingati Allah ketika berdiri, berjalan, duduk dan ketika berbaring,
sama ada ketika berada dalam keadaan thaharah (suci) atau ketika berhadas.
KEPENTINGAN SELAWAT
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat
untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa
yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan
berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada
Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya
manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak
berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud
r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat
ke atasnya sepuluh kali”.
KEPENTINGAN PUASA
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya
kamu bertaqwa. (Surah Al-Baqarah ayat 183)
"Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar"
(Hadith Hasan riwayat at-Tirmizi)
"Wahai pemuda-pemudi sekalian! Barang siapa diantara
kamu mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin kerana perkahwinan itu
lebih menundukkan pandangannya, lebih menjaga dan memelihara kemaluannya
(kehormatannya), dan barangsiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia
berpuasa kerana puasa baginya sebagai Khisha' (dapat menahan nafsu
syahwat)" (Hadiht riwayat Bukhari :878, Muslim : 794, at-Tirmizi : 1081,
dan an-Nasaai : 3210)
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu
terdapat pintu yang bernama Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk lewat
pintu itu pada hari kiamat. Tidak ada orang selain mereka yang masuk bersama
mereka. Ditanyakan: Di mana orang-orang yang puasa? Kemudian mereka masuk lewat
pintu tersebut dan ketika orang yang terakhir dari mereka sudah masuk, maka
pintu itu ditutup kembali dan tidak ada orang yang akan masuk lewat pintu itu.
(Shahih Muslim No.1947)
Rasulullah saw. bersabda: Tidaklah seorang hamba yang
berpuasa satu hari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan wajahnya dari
api neraka sejauh jarak perjalanan 70 tahun. (Shahih Muslim No.1948)
Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi saw bersabda ” Tidakkah
kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung,
sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada
penghujung malam. (Riwayat Tarmizi dan Ahmad)